|
|
|
|
No: 4-0-2, Apartment Desa Tasik Fasa 6B, Jalan 2A/146, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Laman Web: http://surauattaqwa.netfirms.com |
|
|
Bil. 1 - Ogos 2004 (Jamadil Akhir/ Rejab 1425) Naskah Percuma
|
* Sidang Redaksi *
Penasihat Zulkiflee b. Abd. Rahman
Ketua Pengarang Hj. Mohd. Taib b. Masron
Pengarang -
Pembantu Pengarang Ariffin b. Itam Saidin Md. Isa b. Ibrahim
Sidang Pengarang Rosli b. Ahmad Shukor b.Hashim Nor Azmi b. Mohd. Eonus
Edaran dan Produksi Hj.Ibrahim b. Seman Hj. Shuhaimi b. Mohd. Daud Haris b. Hj. Anuar Shahari b. Abd. Kadir Salahuddin b. Alauddin Mohd. Kamal b.Pa Arman b. Alias Mohd. Nazri b. Ramli Mohd. Fikri b. Udin @Nuruddin Zainuddin b. Ahmad Ramli b. Mamat Abd. Razak b. Montel Mohd. Yusof b. Yaakob Ahmad Saharuddin b. Hamid Amirul Hisham b. Abdullah M. Jamil b. Ibrahim Zainal Abidin b. Sairun Shoib b. Taib Suhaimi b. Jamaluddin Udin b. Amborashang Shamsaharuddin b. Abd. Hamid Zubir b. Awang Refid b. Ridzuan Mohd. Sidek b. Parlan Shamsul b. Ismail
|
* Dari Lidah Pengarang * Hj. Mohd. Taib b. Masron
Syukur kehadrat Allah swt. yang telah memberi nikmat Iman dan Islam juga limpahan nikmat kesihatan diri dan kurnia rezeki yang kita terima dan kita semua rasai selama ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hambanya yang tahu bersyukur dan mahu mensyukuri segala nikmat yang diberi.
Dalam kesempatan yang ada ini sempena dengan penerbitan sulung "Buletin Surau At-Taqwa", saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt. dan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama berusaha untuk menyumbang tenaga dari berbagai sudut sehingga "Buletin Surau At-Taqwa" ini berjaya diterbitkan.
Sesungguhnya, Masjid dan Surau bukan sahaja menjadi tempat ibadah khusus sahaja, tetapi sebenarnya berperanan lebih jauh dari itu. Selain ia menjadi tempat berkumpulnya umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah, Masjid atau Surau adalah merupakan tempat merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam.
Ia juga menjadi tempat kegiatan kemasyarakatan dan tidak ketinggalan aktiviti Ahli Jawatankuasa pentadbirannya. Saluran mesej dakwah boleh diperkembang dan diperluaskan dengan pelbagai cara bersesuaian dengan perubahan dan peredaran zaman masa kini dikenali sebagai zaman ICT dengan penggunaan IT yang canggih hari ini telah memberi kemudahan dan membantu kearah itu. Maka sebab itulah saya merasa terpanggil untuk menerbitkan "Buletin Surau At-Taqwa" ini sebagai salah satu kaedah medan "Dakwah" dan sebagai usaha untuk kita mempertingkatkan "Muhasabah" diri masing-masing.
Diharapkan kepada semua pembaca agar dapat turut sama menyumbangkan pelbagai bahan yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam Buletin ini pada keluaran bulan-bulan berikutnya. Mungkin juga beberapa sumbangan buah fikiran yang positif demi mengemaskinikan lagi penerbitan "Buletin Surau At-Taqwa" untuk siri-siri yang akan datang.
Selamat Membaca.
* Mutiara Hadis *
- Solat Berjemaah
Dari Abu Musa r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang paling besar mendapat pahala solat (sembahyang) ialah orang yang paling jauh berjalan ke tempat solat berjemaahnya. Dan orang yang menunggu-nunggu waktu solat berjemaah pula pahalanya lebih besar daripada orang yang solat sendirian”.
(Sumber dari buku Terjemahan Riadhus Shalihin 1 oleh Salim Bahreisy)
|