Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

* Berita Dari Surau *

 

Buat kali pertamanya pada tarikh 18 Julai 2004, bersamaan hari Ahad, jam 9:30 malam, bertempat di Surau At-Taqwa, Apartment Desa Tasik Fasa 6B, Sungai Besi, Kuala Lumpur telah diadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama untuk melantik Ahli Jawatankuasa Surau dan perlantikan pegawai/ petugas yang baru bagi sessi 2004/ 2005.

Berikut ialah senarai nama Ahli Jawatankuasa dan pegawai/ petugas Surau At-Taqwa yang telah terlantik bagi tempoh 2004/ 2005.

 

Pengerusi

Hj. Mohd. Taib b. Masron

 

Timbalan Pengerusi

Rosli b. Ahmad

 

Setiausaha

Ariffin b. Itam Saidin

 

Timbalan Setiausaha

-

 

Bendahari

Shukor b. Hashim

 

Ahli Jawatan Kuasa

1) Salahuddin b. Alauddin     2) Mohd. Kamal b. Pa

3) Arman b. Alias     4) Mohd. Nazri b. Ramli

5) Mohd. Fikri b. Udin @Nuruddin

6) Zainuddin b. Ahmad     7) Ramli b. Mamat

8) Abd. Razak b. Montel     9) Mohd. Yusof b. Yaakob

10) Ahmad Baharuddin b. Hamid

11) Amirul Hisham b. Abdullah   12) M. Jamil b. Ibrahim

13) Zainal Abidin b. Sairun      14) Shoib b. Taib

 

Pemeriksa Kira-kira

1) Abd. Rahman b. Yacob     2) Md. Isa b. Ibrahim

 

Pegawai/ Petugas

Imam

1) Hj. Ibrahim b. Seman

2) Hj. Mohd. Taib b. Masron

3) Hj. Shuhaimi b. Mohd. Daud

4) Haris b. Hj. Anuar

5) Shahari b. Abd. Kadir

 

Bilal

1) Suhaimi b. Jamaluddin

2) Uddin b. Amborashang

3) Shamsaharuddin b. Abd. Hamid

4) Nor Azmi b. Mohd. Eonus

 

Siak

1) Zubir b. Awang

2) Shamsul b. Ismail

3) Refid b. Ridzuan

4) Mohd. Sidek b. Parlan

* Tazkirah *

Catatan: Ariffin b. Itam Saidin

 

Ceramah Pengurusan Jenazah

- Kematian

 

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik

permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi.

Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

 

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya.

 

Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

 

Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.

 

Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada semua pembaca jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya.

Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

 

- Melawat orang yang sakit dan hikmahnya

 

Sakit adalah datangnya dari Allah. Apa-apa penyakit yang ditimpakan ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah:

 

1) Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan dengan izin Allah.

 

2) Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

 

3) Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

 

Muka  1  |  2  |  3  |  4