Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud “Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati”.

 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

“Menziarah/ melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudian daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari”.

 

Bersambung …..

(Sumber dari Rumusan Ceramah Agama Ust Hj.Omar b.Hj. Shamsuri)

 

 

* Info Agama *

Olahan: Md. Isa b. Ibrahim

 

- 10 Sikap Buruk Dibenci Allah

 

1) Banyak bercakap.

Bercakap perkara sia-sia, memfitnah, umpat keji dan percakapan menjurus kepada perbalahan.

 

2) Gelojoh ketika makan.

Tidak bersopan ketika makan dan makan terlalu kenyang.

 

3) Bermegah-megah.

Amat suka kepada jawatan, sanjungan dan gelaran.

 

4) Suka marah-marah.

Kemarahan membuat seseorang bertindak diluar batasan yang boleh membawa kecederaan atau pembunuhan.

 

5) Hasad Dengki.

Sanggup melakukan kejahatan untuk menyusahkan orang lain.

 

6) Kedekut.

Menyimpan banyak harta rezeki yang Allah kurniakan tanpa menderma atau membuat kebajikan kepada orang yang memerlukan

 

7) Ego dan Sombong.

Merasakan dirinya banyak kelebihan hingga lupa Allah Maha Besar.

 

8) Ujub bangga diri.

Megah dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah tanpa rasa bersyukur kepadanya.

 

9) Riak dan gemar pujian.

Suka minta dipuji setiap perkara yang dilakukan dan mahu jasanya dikenang sepanjang masa.

 

10) Cinta dunia.

Terlalu menghamba diri kepada dunia dan lupa pada akhirat.

 

(Sumber dari petikan buku tasauf “Penawar Bagi Hati”)

* Tahukah Anda? *

 

- Kelebihan Ayat Kursi

 

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selesai solat fardu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah dan ke pejabat, setiap kali masuk ke tempat tidur dan pergi musafir, insyaallah ia akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang-binatang yang memudaratkan.

 

Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kekaraman dan kebakaran. Didapatinya keselamatan dan kesihatan jasmaninya dengan izin Allah.

 

(Petikan keterangan dari Kitab Khawasul Qur’an, karya Imam Ghazali) – dari buku Risalah Doa oleh H. Dja’far Sabran

 

 

* Aktiviti Surau *

 

- Aktiviti Ceramah Sepanjang Bulan Ogos 2004

 

1) Ceramah Agama Mingguan (Kitab Mustika Hadis)

Penceramah: PW2 Ust Mohd. Jafri b. Mohd. Kasim

Tarikh: 14 Ogos 2004 (Sabtu)

28 Ogos 2004 (Sabtu)

Masa:  Selepas Solat Maghrib

 

2) Ceramah Bersiri “Pengurusan Jenazah”

Penceramah: PW1 (B) Ust Hj. Omar b. Hj. Samsuri

Tarikh: 15 Ogos 2004 (Ahad)

Masa: Selepas Solat Maghrib

 

3) Majlis Bacaan Surah Yasin

- 05 Ogos 2004 (Khamis Malam Jumaat)

- 12 Ogos 2004

- 19 Ogos 2004

- 26 Ogos 2004

Masa: Selepas Solat Maghrib

 

- Aktiviti Ceramah dan Pengajian Agama dalam Perancangan

 

1) Ceramah dan Pengajian Agama (Pelajaran Tauhid). Penceramah akan ditetapkan.

 

2) Ceramah dan Pengajian Agama untuk Kaum Wanita (Program Anjuran Bersama HELWANI). Pengajian berkaitan Feqah Tentang Wanita. Penceramah akan ditetapkan.

 

3) Kursus dan Bengkel Amali Pengurusan dan Penyempurnaan Jenazah. Penceramah akan ditetapkan.

 

4) Program Majlis Sambutan Israk Mikraj dan Qiamullail

beserta Kuliah Subuh. Penceramah akan ditetapkan.

 

Muka  1  |  2  |  3  |  4