|
|
|
|
- Cadangan Aktiviti Masyarakat yang lain
1) Mewujudkan Mini Perpustakaan di Surau At-Taqwa.
2) Menyediakan Peralatan, Perkakasan dan keperluan bagi penyempurnaan Jenazah.
3) Menyediakan Kertas Kerja dan cadangan Skim Khairat Kematian melalui Skim Takaful (berunsur Islam).
4) Menyediakan Kertas Kerja dan cadangan pembelian keperluan, Perkakasan dan Peralatan Surau At-Taqwa.
5) Aktiviti Intifal dan Program Keagamaan untuk Kanak-kanak Muslimin dan Muslimat.
6) Kelas Berzanji.
7) Kelas Pengajian Bahasa Arab dan Mengaji
Quran untuk Orang Dewasa. (kepada Sesiapa yang berminat, sila hubungi Urus
Setia Surau At-Taqwa) 8) Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kemerdekaan (31 Ogos 2004) dan persediaan bagi anak-anak yang akan menduduki Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2004.
* Fokus * Susunan: Ust. Hj. Taib b. Masron
- Di Antara Hak-hak Berjiran
1) Memberi salam sewaktu bertemu.
2) Tidak terlalu banyak bertanya mengenai hal ehwal peribadinya.
3) Menziarahinya ketika sakit dan melawatinya sewaktu berlaku kematian.
4) Menunjukkan rasa gembira ketika ia dalam riang gembira dan turut berasa sedih ketika mana ia dalam kesukaran.
5) Sedia memberi kemaafan jika ada kesalahannya.
6) Tidak menyusah dan menyakiti hatinya.
7) Tidak menyempit dan menyukarkan jalan dan laluan ke rumahnya.
8) Sentiasa menutup keaiban dan kecelaannya.
9) Sedia membantu dan menolong ketika dirinya didalam kesusahan.
10) Bersedia untuk memerhati dan mengawasi rumahnya ketika ia berpergian. |
11) Menghormati diri dan keluarganya dengan adab dan akhlak yang mulia.
12) Bersikap sopan santun dan lemah lembut ketika berkata-kata dengannya.
(Sumber dari kitab Bimbingan Mukmin Karangan Imam Ghazali)
* Sudut Pembaca * Suntingan: Salihuddin Hj. Musa
- Tip Menawan Hati Suami
Kebahagian rumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagian duniawi yang dicari bahkan keinginan untuk menjadikan rumahku adakah syurgaku menjadi kenyataan. Adalah wajar bagi pasangan tersebut untuk memahami kehendak satu sama lain.
1) Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi isteri. Bila suami balik dari kerja, sapa dan tegur suami sebelum isteri membuat kerja-kerja lain.
2) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat atas alasan yang munasabah, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. Jangan membebel.
Bersambung .. (Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia)
* Iklan dan Promosi *
|