|
|
|
|
No: 4-0-2, Apartment Desa Tasik Fasa 6B, Jalan 2A/146, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Web: http://surauattaqwa.netfirms.com |
|
|
|
Bil. 3 - Oktober 2004 (16 Syaaban - 16 Ramadhan 1425) Naskah Percuma |
||
|
* Sidang Redaksi *
Penasihat Zulkiflee b. Abd. Rahman
Ketua Pengarang Hj. Mohd. Taib b. Masron
Pengarang Salihuddin Hj. Musa
Pembantu Pengarang Ariffin b. Itam Saidin Md. Isa b. Ibrahim
Sidang Pengarang Rosli b. Ahmad Shukor b.Hashim Nor Azmi b. Mohd. Eonus
Edaran dan Produksi Hj.Ibrahim b. Seman Hj. Shuhaimi b. Mohd. Daud Haris b. Hj. Anuar Shahari b. Abd. Kadir Salahuddin b. Alauddin Mohd. Kamal b.Pa Arman b. Alias Mohd. Nazri b. Ramli Mohd. Fikri b. Udin @Nuruddin Zainuddin b. Ahmad Ramli b. Mamat Abd. Razak b. Montel Mohd. Yusof b. Yaakob Ahmad Saharuddin b. Hamid Amirul Hisham b. Abdullah M. Jamil b. Ibrahim Zainal Abidin b. Sairun Shoib b. Taib Suhaimi b. Jamaluddin Udin b. Amborashang Shamsaharuddin b. Abd. Hamid Zubir b. Awang Refid b. Ridzuan Mohd. Sidek b. Parlan Shamsul b. Ismail
|
* Dari Lidah Pengarang * Hj. Mohd. Taib b. Masron
Ibadah puasa yang difardhukan pada tahun kedua Hijrah ini mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri. Dimana antaranya ibadah puasa dapat melatih seseorang untuk menghampirkan diri kepada penciptanya iaitu Allah swt. Oleh kerana sepanjang hari ketika berpuasa kita berusaha mengkang diri, pancaindera dan nafsu dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan samada yang membatalkan atau yang mengurangkan pahala puasa. Sesungguhnya usaha-usaha ini dapat meningkatkan keimanan dan taqwa kita kepada Allah swt, disamping melatih diri untuk mempertingkatkan sahsiah diri, budi pekerti dan akhlak yang mulia sebagai usaha kita untuk mendapat dan memperolehi keridhaan Allah swt. Dalam konteks hubungan sesama manusia pula puasa dapat
menimbulkan rasa insaf seseorang diatas kekurangan, kesusahan dan kedhaifan
orang lain. Dalam waktu yang sama ianya dapat mendidik diri kita untuk
menjadi seorang yang perihatin dan bertimbangrasa serta sanggup menghulurkan
tangan untuk membantu dan memberi pertolongan kepada orang lain yang
memerlukannya. Oleh yang demikian marilah kita semua untuk merebut
peluang yang ada disempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan kita
semua memperolehi keberkatannya dan merasai kegembiraannya yang hakiki
disisi Allah swt seperti mana yang dinyatakan dalam hadis Rasullah saw yang
maksudnya "Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, pertama semasa
berbuka ia gembira dan kedua apabila bertemu dengan Allah swt ia gembira". "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"
|
|