Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

* Berita Dari Surau *

  • Ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan pada 4 September 2004, selepas solat Maghrib dengan penceramah Ustaz Nazri b.Chik iaitu Pegawai Agama Bank Islam Berhad.

  • Majlis ini telah mendapat sambutan dengan dihadiri oleh para pelajar serta ibu dan bapa pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR & PMR majlis ini telah diadakan pada 5 September 2004 iaitu Ahad malam Isnin selepas solat Maghrib.

  • Ceramah Agama dan Program Qiamullail pada 11 September 2004.

  • Penceramah kuliah Magrib telah dijalankan oleh PW2 Ust Mohd. Jafri b. Kasim dan program Qiamullail telah dipimpin oleh PW1 Ust. Hj Omar b.Hj Samsuri yang bermula jam 4.00 pagi dan kuliah Subuh telah disampaikan oleh Ustaz Taib b.Masron. Majlis ilmu ini berakhir kira-kira pukul 7.00 pagi, 12 September 2004.

  • Ceramah Pengajian Feqah pada 19 September 2004.
    Penceramah : Ust Abu Hassan Ashaari b Hj Ahmad

  • Majlis bacaan Yasin telah diadakan pada tarikh seperti berikut :-
    2, 9, 16, 23 & 30 September 2004

  • Majlis membaca yasin sebanyak tiga kali bacaan pada malam 15 Sya'aban 1425, bersamaan 29 September 2004. Majlis ini telah dihadiri dan mendapat sambutan dengan begitu ramai penduduk

 

* Aktiviti Surau *

 

Aktiviti Ceramah dan Program Agama Sepanjang Bulan Oktober 2004

  • Pengajian Kuliah Agama setiap minggu berjalan seperti biasa tetapi ianya diubah sedikit, Tazkirah akan dijalankan selepas Solat Tarawih

  • Perlantikan Ustaz Ahmad Zalizan B Mustapa sebagai Imam di Surau At-Taqwa berkuatkuasa 4/10/2004

  • Program mengutip Derma-Ikhlas akan dijalankan oleh AJK Surau At-Taqwa pada 11/10/2004 (Isnin malam Selasa) di Blok 4 & 6

  • Menjalankan Sembahyang Tarawih dari awal hingga akhir Ramadhan dengan 8 rakaat dan 3 rakaat witir

  • AJK Surau akan mengeluarkan notis Awal Program Qurban

  • Kelas mengaji Muqaddam dan Quran akan bercuti sepanjang Bulan Ramadhan

  • Nuzul Quran akan diadakan bersama dengan kerjasama Persatuan Penduduk

  • Pihak Persatuan Penduduk telah memohon peruntukan dengan DBKL, khemah dan menurap ruang laman diblok 4 untuk kegunaan Bulan Ramadhan 2004

  • Pihak AJK Surau akan menyelaraskan urusan

  • ...pembayaran Zakat Fitrah dengan pihak Masjid Sungai Besi yang dijangka dipertengahan puasa.

  • Perlantikan Amil tidak dapat dijalankan kerana pihak Masjid telah menyatakan setiap perlantikan adalah diawal tahun

  • Tadarus Al-Quran juga akan dijalankan di Surau At-Taqwa pada Bulan Ramadhan

  • Insuran Khairat Kematian Berkelompok anjuran Surau akan dilanjutkan tempoh masa sehingga selepas Hari Raya Aidil Fitri dan dalam tempoh terdekat wakil Insurans Takaful Ikhlas akan memberi penerangan tentang Insurans berkenaan.


* Info Agama *

Olahan: Salihuddin Hj. Musa

 

Rahsia Puasa

Sebagai muslim yang sejati, kedatangan dan kehadiran Ramadhan yang mulia pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat membahagiakan kita. Betapa tidak, dengan menunaikan ibadah Ramadhan, amat banyak keuntungan yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia maupun di akhirat kelak.

Dr. Yusuf Qardhawi dalam kitabnya Al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia puasa yang boleh kita buka untuk selanjutnya membolehkan kita merasakan kenikmatannya dalam ibadah Ramadhan.

1. Menguatkan Jiwa

Dalam hidup kita, tak sedikit dari kita mendapati manusia yang dikuasai oleh hawa nafsunya, lalu manusia itu menuruti apapun yang menjadi keinginannya meskipun keinginan itu merupakan sesuatu yang bathil dan mengganggu serta merugikan orang lain. Kerana itu, di dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dalam erti berusaha untuk bisa mengendalikannya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi. Manakala dalam peperangan ini manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan terjadi kerana manusia yang kalah dalam perang melawan hawa nafsu itu akan mengalihkan keimanannya dari kepada Allah swt sebagai Tuhan yang benar kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan. Allah memerintahkan kita memperhatikan masalah ini dalam firman-Nya yang ertinya: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya". (QS 45:23)

Dengan ibadah puasa, maka manusia akan berhasil mengendalikan hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat, bahkan dengan demikian, manusia akan memperoleh darjat yang tinggi seperti layaknya malaikat yang suci dan ini akan membuatnya mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit hingga segala doanya dikabulkan oleh Allah swt. Rasulullah saw bersabda yang ertinya: "Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi". (HR. Tirmidzi)
 

Muka  1  |  2  |  3  |  4