Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms


SURAU AT-TAQWA

No: 4-0-2, Apartment Desa Tasik Fasa 6B, Jalan 2A/146, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.   Laman Web: http://surauattaqwa.netfirms.com

 


JAWI/5/006/4/2003 

Bil. 2 - September 2004 (16 Rejab - 15 Syaa'ban 1425)                                                                   Naskah Percuma

   

* Sidang Redaksi *

 

Penasihat

Zulkiflee b. Abd. Rahman

 

Ketua Pengarang

Hj. Mohd. Taib b. Masron

 

Pengarang

-

 

Pembantu Pengarang

Ariffin b. Itam Saidin

Md. Isa b. Ibrahim

 

Sidang Pengarang

Rosli b. Ahmad

Shukor b.Hashim

Nor Azmi b. Mohd. Eonus

 

Edaran dan Produksi

Hj.Ibrahim b. Seman

Hj. Shuhaimi b. Mohd. Daud

Haris b. Hj. Anuar

Shahari b. Abd. Kadir

Salahuddin b. Alauddin

Mohd. Kamal b.Pa

Arman b. Alias

Mohd. Nazri b. Ramli

Mohd. Fikri b. Udin @Nuruddin

Zainuddin b. Ahmad

Ramli b. Mamat

Abd. Razak b. Montel

Mohd. Yusof b. Yaakob

Ahmad Saharuddin b. Hamid

Amirul Hisham b. Abdullah

M. Jamil b. Ibrahim

Zainal Abidin b. Sairun

Shoib b. Taib

Suhaimi b. Jamaluddin

Udin b. Amborashang

Shamsaharuddin b. Abd. Hamid

Zubir b. Awang

Refid b. Ridzuan

Mohd. Sidek b. Parlan

Shamsul b. Ismail

 

 

* Dari Lidah Pengarang *

Hj. Mohd. Taib b. Masron



Membaca adalah merupakan diantara cara kita mendapat sumber ilmu dan pengetahuan. Dengan membaca juga kita boleh memperolehi pengetahuan dan maklumat terbaharu dan terkini. Melalui bacaan juga kita memantapkan lagi pengetahuan yang sedia ada.

Maka sebab itu ianya bersesuaian dan menepati sepertimana yang berlaku keatas diri junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Di mana wahyu pertama yang di turunkan oleh Allah s.w.t. Melalui Malaikat Jibril adalah perintah membaca: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, dan yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dari Tuhanmu yang pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui"
(Surah Al-Alaq Ayat 1 - 5).

 

Kemajuan negara kita dibidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang pesat hari ini, ianya telah memberi laluan yang begitu luas kepada kita semua untuk sama-sama menjadi sebagai nadi penggerak kepada Projek Multimedia Visionary (Koridor Raya Multimedia - MSC) negara.

 

Maka sejajar dengan kemajuan arus perdana dunia ICT kini, sesungguhnya penerbitan Buletin Surau At-Taqwa tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menyumbang kearah itu. Oleh yang demikian mulai hari ini, pembaca semua bukan hanya boleh membaca Buletin Surau At-Taqwa yang ada ditangan tetapi Buletin Surau At-Taqwa kini boleh dibaca dengan melayari internet melalui laman webnya ..... http://surauattaqwa.netfirms.com

Walau bagaimana pun, dalam kelekaan kita melayari internet ini, kita seharusnya menjadi seorang yang beretika dan bertanggungjawab untuk menggerakkan hujung-hujung jari tangan kita. Dimana tanpa bimbingan keimanan yang kukuh maka jari jemari kita akan boleh tersasar kelaman web yang tidak sepatutnya untuk dilayari dan inilah merupakan satu cabaran yang harus kita lalui untuk kita menempuhi arus perubahan senario memperolehi sumber maklumat dalam dunia tanpa sempadan hari ini.

 

 

 

* Mutiara Hadis *

 

Diriwayatkan oleh Baikaki, Ibnu Abu Dunya dan Ibnu Mubarak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu semasa engkau muda sebelum datang masa tuamu, semasa engkau sihat sebelum datang masa sakitmu, semasa engkau kaya sebelum datang masa miskinmu, semasa engkau masa lapang sebelum datang masa sibukmu dan semasa engkau masih hidup sebelum datang masa kematianmu"
 

(Sumber dari buku Terjemahan Riadhus Shalihin 1 oleh Salim Bahreisy)

 

Muka  1  |  2  |  3  |  4