|
* Berita Dari Surau *
1) 01 Ogos 2004
Program gotong-royong membersihkan kawasan Surau At-Taqwa telah diadakan.
Dalam waktu yang sama juga persekitaran dan kawasan perumahan Apartment Desa
Tasik Fasa 6B dibersihkan. Kawasan tertumpu di tempat pembuangan sampah dan
membaikpulih semula pagar-pagar yang berlubang.
2) 03 Ogos 2004
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa Bil. 1, Sessi 2004/05 telah
diadakan dengan dihadiri oleh hampir kesemua AJK dan Pegawai/ Petugas Surau
At-Taqwa.
3) 13 Ogos 2004
Kelas Bacaan Berzanji dan Marhaban telah pun bermula semula. Latihan
tersebut diadakan kerana ianya untuk memenuhi permintaan dari penduduk
setempat meminta agar kumpulan Berzanji dan Marhaban ini membuat persembahan
sempena majlis yang diadakan oleh ahli kariah dari masa kesemasa.
4) 15 Ogos 2004
Sepertimana yang dirancang, ceramah bersiri Pengurusan Jenazah telah dapat
diadakan dengan jayanya dan dihadiri oleh ahli jamaah yang amat menggalakkan.
Penceramahnya ialah PW1 (B) Ust. hj. Omar bin Samsuri
5) 22 Ogos 2004
Ceramah dan Tazkirah Agama oleh Ust. Abu Hassan Ashaari bin Hj. Ahmad
6) 30 Ogos 2004
Sempena kehangatan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2004, Surau At-Taqwa
tidak ketinggalan untuk turut sama mengadakan aktivitinya, dimana Majlis
Bacaan Yaasin dan Tahlil telah pun diadakan.
Seterusnya Program Sambutan Kemerdekaan detik 12:00 malam menjelang 31 Ogos
telah diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Apartment Desa Tasik
Fasa 6B, Sg. Besi dengan diserikan berbagai acara menarik.
7) Program Ceramah Pengajian Agama Kitab Mustika Hadis terus mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dengan penceramahnya PW2 Ust. Mohd. Jafri
bin Mohd. Kasim. Program tersebut telah diadakan pada tarikh berikut:
14 dan 28 Ogos 2004.
8) Majlis Bacaan Yaasin pula telah diadakan pada tarikh-tarikh seperti
berikut:
05, 12, 19 dan 26 Ogos 2004
9) Kutipan Surau telah diadakan pada 03 dan 07 September 2004 yang dibuat
keatas penghuni di Blok 4 dan 6, Apartment Desa Tasik, Fasa 6B. Pihak
Jawatankuasa Surau At-Taqwa mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala
sumbangan dan derma oleh semua penghuni bagi penggal pertama dan kedua bagi
tahun 2004.
|
* Tazkirah *
Catatan: Ariffin b. Itam Saidin
Ceramah Pengurusan
Jenazah
- Apabila
Orang Sakit Nazak
Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit
terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran
kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan
nazak?
Perlu berada di sisinya.
-
Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syahadah iaitu :
"La-illaha-illallah" .....
-
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah
tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
-
Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan
qiam tangannya.
Apabila sah matinya
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut
hendaklah dilakukan :
-
Hendaklah kita ucapkan :
"Inna-lillah-wainna-illa-hirojiun" ...
-
Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar
dari duburnya.
-
Rapatkan kedua belah matanya.
-
Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
-
Rapatkan mulutnya.
-
Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
-
Luruskan kakinya.
-
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
-
Letakkan di tempat yang tinggi.
-
Hadapkan ke Qiblat.
Bersambung …..
(Sumber
dari Ceramah Agama Ust Hj.Omar b.Hj. Shamsuri)
* Tahukah Anda? *
- Kewajipan sesama Saudara Muslim
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap
saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang
bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah"
(Petikan
dari
Himpunan Hadis-hadis - al-islam.com)
|