Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

* Info Agama *

Olahan: Md. Isa b. Ibrahim

 

Kiamat Sudah Hampir Tiba...


> Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." (Sahih Bukhari)
 

> Zina bermaharajalela. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Sahih Muslim)


> Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." (Abu Hurairah r.a)


> Bermaharajalela alat muzik. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" (Ibnu Majah)
 

> Menghias masjid dan membanggakannya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" (Riwayat Nasai)


> Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." (Riwayat Ahmad dan Hakim)

> Ramai orang soleh meninggal dunia. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari  kemungkaran." (Riwayat Ahmad)

> Orang hina mendapat kedudukan terhormat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina) beriman yang diapit oleh dua orang mulia" (Riwayat Thabrani)

> Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." (Riwayat Ahmad)

> Bulan sabit kelihatan besar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." (Riwayat Thabrani)

> Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" (Sahih Muslim)

> Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" (Riwayat Ahmad)

> Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan mengalir sungai didalamnya" (Sahih Muslim)

 

(Sumber dan Olahan dari Penghimpunan Hadis-hadis - Akhbar)

 

 

* Aktiviti Surau *

 

- Aktiviti Ceramah Sepanjang Bulan September 2004

 

1) Ceramah Israk dan Mikraj

Penceramah: Ust Nazri b. Chik (Pegawai Agama Bank Islam Malaysia Berhad)

Tarikh: 04 September 2004 (Sabtu malam Ahad)

Masa:  Selepas Solat Maghrib

 

2) Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat sempena Anak-anak akan menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR.

Tarikh: 05 September 2004 (Ahad malam Isnin)

Masa: Selepas Solat Maghrib

 

3) Ceramah Agama dan Program Qiamullail

Penceramah/ Pimpinan: PW2 Ust Mohd. Jafri b. Mohd. Kasim dan PW1 (B) Ust. Hj. Omar b. Hj. Samsuri

Tarikh: 11 September 2004 (Sabtu malam Ahad)

Program: - Ceramah Agama Israk dan Mikraj (Selepas Solat Maghrib)
- Qiamullail (bermula pada jam 04:00 pagi)
- Tazkirah / Kuliah Subuh

 

4) Ceramah Pengajian Feqah

Penceramah: Ust Abu Hassan Ashaari b. Hj. Ahmad (Kor Agama Angkatan Tentera)

Tarikh: 19 September 2004 (Ahad malam Isnin)

Masa:  Selepas Solat Maghrib


5) Majlis Bacaan Surah Yaasin

- 02, 09, 16, 23 dan 30 September 2004
(Khamis Malam Jumaat)

Masa: Selepas Solat Maghrib

 

Muka  1  |  2  |  3  |  4