Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

* Fokus *

Susunan: Ust. Hj. Taib b. Masron

 

Seorang ulamak ahli sufi terkemuka pada abad ke VII iaitu Ibrahim bin Adham di Basrah pernah diajukan soalan tentang kenapa berlaku terhalangnya doa seseorang mukmin kepada Allah s.w.t. Beliau menjawab, bahawa terhalangnya doa seseorang hamba itu kemungkinannya disebabkan 10 perkara berikut:

1. Kamu mengakui akan adanya Allah s.w.t., tetapi kamu tidak menunaikan dan melaksanakan kewajipanmu juga hak-hak terhadapnya

2. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya.

3. Kamu mengaku mencintai Rasullullah s.a.w., tetapi kamu tidak mengikuti Sunnahnya.

4. Kamu mengaku bahawa Syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu sering mengikutinya jalannya dan mematuhi ajakan dan godaannya.

5. Kamu sering berdoa untuk melepaskan diri dari siksaan neraka, tetapi perbuatanmu menuju kearah lorongnya.

6. Kamu selalu berdoa untuk menempatkan diri masuk Syurga, tetapi kamu tidak melakukan persiapan dan amal kebaikan kearahnya.

7. Kamu mengatakan bahawa mati itu pasti, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk memperkatakan kesalahan, kesilapan dan keaiban orang lain yang disekelilingmu, tetapi kamu tidak melihat diri sendiri apa yang engkau perkatakan tentang orang lain.

9. Kamu makan, minum dan merasai segala kesenangan, kemewahan nikmat kehidupan dari Tuhanmu, tetapi kamu lupa dan tidak bersyukur kepadanya.

10. Kamu turut sama mengiringi jenazah orang yang telah meninggal lebih awal darimu ketanah perkuburan, tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa tersebut.

 

 

* Sudut Pembaca *

Olahan: Salihuddin Hj. Musa

 

- Petua Menawan Hati Isteri

SETIAP pasangan suami isteri pastinya inginkan rumah tangga mereka sentiasa harmoni dan bahagia. Berikut beberapa petua kepada suami untuk menambat hati isteri, seterusnya mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama mereka.

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
 

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Berlatih untuk mendengar dengan baik.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.)

10. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak boleh dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Juga maklumkan anda perlu bersendirian untuk berfikir.

Bersambung …..

(Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia)

 

 

* Iklan dan Promosi *

 

Takaful Nasional Sdn. Bhd.
Menyediakan Perkhidmatan
1. Takaful Mesra 
2. Takaful Warisan 
3. Takaful Sarjana 
4. Takaful Medic 
5. Khairat Kematian Berkelompok dan Lain-lain
Maklumat lanjut, sila hubungi: 
Ust. Mohd. Jafri b. Mohd. Kassim – 019-
396 4455

 

Kursus Perkahwinan
1. Sijil dikeluarkan oleh JAWI (JAKIM)
2. Kursus diadakan pada hari Sabtu dan Ahad
3. Bayaran RM90.00
4. Penceramah Bertauliah dari JAWI (JAKIM)
5. Nota Kertas Kerja Kursus dan Minuman Ringan disediakan
Maklumat lanjut, sila hubungi: 
Ust. Hj. Omar b. Hj. Samsuri – 03-9173 7228

 

Muka  1  |  2  |  3  |  4