Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms


SURAU AT-TAQWA

No: 4-0-2, Apartment Desa Tasik Fasa 6B, Jalan 2A/146, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.   Web: http://surauattaqwa.netfirms.com

 


JAWI/5/006/4/2003 

Laman Utama  |  Mengenai Kami  |  Sidang Pengarang  |  Buletin  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |  Iklan 

   

* Sidang Pengarang *

 

Ketua Pengarang

Hj. Mohd. Taib b. Masron

 

Pengarang

Salihuddin Hj. Musa

 

Pembantu Pengarang

Ariffin b. Itam Saidin

Md. Isa b. Ibrahim

 

Sidang Pengarang

Rosli b. Ahmad

Shukor b.Hashim

Nor Azmi b. Mohd. Eonus

 

* Dari Lidah Pengarang *

Hj. Mohd. Taib b. Masron

 

Syukur kehadrat Allah swt. yang telah memberi nikmat Iman dan Islam juga limpahan nikmat kesihatan diri dan kurnia rezeki yang kita terima dan kita semua rasai selama ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hambanya yang tahu bersyukur dan mahu mensyukuri segala nikmat yang diberi.

 

Dalam kesempatan yang ada ini sempena dengan penerbitan sulung "Buletin Surau At-Taqwa" dan laman web ini, saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt. dan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama berusaha untuk menyumbang tenaga dari berbagai sudut sehingga "Buletin Surau At-Taqwa" dan laman web ini berjaya diterbitkan.

 

Sesungguhnya, Masjid dan Surau bukan sahaja menjadi tempat ibadah khusus sahaja, tetapi sebenarnya berperanan lebih jauh dari itu. Selain ia menjadi tempat berkumpulnya umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah, Masjid atau Surau adalah merupakan tempat merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam.

 

Ia juga menjadi tempat kegiatan kemasyarakatan dan tidak ketinggalan aktiviti Ahli Jawatankuasa pentadbirannya. Saluran mesej dakwah boleh diperkembang dan diperluaskan dengan pelbagai cara bersesuaian dengan perubahan dan peredaran zaman masa kini dikenali sebagai zaman ICT dengan penggunaan IT yang canggih hari ini telah memberi kemudahan dan membantu kearah itu. Maka sebab itulah saya merasa terpanggil untuk menerbitkan "Buletin Surau At-Taqwa" dan laman web ini sebagai salah satu kaedah medan "Dakwah" dan sebagai usaha untuk kita mempertingkatkan "Muhasabah" diri masing-masing.

 

Diharapkan kepada semua pembaca agar dapat turut sama menyumbangkan pelbagai bahan yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam Buletin ini pada keluaran bulan-bulan berikutnya. Mungkin juga beberapa sumbangan buah fikiran yang positif demi mengemaskinikan lagi penerbitan "Buletin Surau At-Taqwa" dan laman web ini untuk siri-siri yang akan datang.

Selamat Membaca.

 

Laman Utama  |  Mengenai Kami  |  Sidang Pengarang  |  Buletin  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |  Iklan